Wednesday

Pnp Muzik Awal Kanak-Kanak

P&P MUzik Awal Kanak-Kanak

Tuesday

Teknik Bermain Rekoder

Untuk bermain rekoder dengan baik, teknik permainan rekoder yang betul perlu diamalkan.

Teknik Asas Sebelum Meniup Rekoder: Postur.
  • Duduk atau berdiri tegak dalam keadaan selesa semasa memegang rekoder.
  • Pegang rekoder dengan kecondongan 45 darjah dari badan. (Elakkan daripada menundukkan kepala berlebihan atau membongkokkan badan.)
Cara Memegang Rekoder


Cara memegang rekoder yang betul akan memberi keselesaan dan memudahkan pergerakan jari semasa bermain rekoder.
a. Pegang rekoder dengan meletakkan jari tangan kiri pada bahagian pangkal.
b. Tangan kanan memegang bahagian hujung badan rekoder.
c. Imbangan rekoder terletak pada bibir bawah dan ibu jari tangan kanan.


Penjarian



(a) Tangan Kiri

  • Ibu jari bernombor 0 menutup lubang di bahagian belakang rekoder. 
  • Jari telunjuk bernombor 1 menutup lubang rekoder pertama. 
  • Jari hantu bernombor 2 menutup lubang rekoder kedua. 
  • Jari manis bernombor 3 menutup lubang rekoder ketiga.
(b) Tangan Kanan
  • Jari telunjuk bernombor 4 menutup lubang rekoder keempat. 
  • Jari hantu bernombor 5 menutup lubang rekoder kelima. 
  • Jari manis bernombor 6 menutup lubang rekoder keenam. 
  • Jari kelingking bernombor 7 menutup lubang rekoder ketujuh. 
  • Pada lubang rekoder bernombor 6 dan 7, terdapat dua lubang kecil. 
  • Lubang-lubang kecil tersebut adalah untuk menghasilkan bunyi syap dan flet. 

Susunan Jari Pada Lubang Rekoder


Carta Penjarian Rekoder

Penjarian Not B, A, G, C’, D’





Latihan Penjarian
- Latihan dengan tempo lambat, cepat dan sederhana.
- Latihan dengan dinamik lembut(p) dan kuat(f).






Cara Bermain Alat Perkusi - Dram Getar

Dram Getar
(a) Rupa bentuk
Dram getar mempunyai dua permukaan. Permukaan baw ahnya terdapat
gegetar yang bergetar apabila diketuk. Sepasang kayu pemukul digunakan
untuk memainkannya.



(b) Cara mengendali dan memainkan dram getar:
i) Laraskan ketinggian dram ke paras pinggang. Berdiri dengan selesa dan pastikan badan tidak rapat dengan dram, atau
ii) Sangkutkan dram pada badan menggunakan tali selepang. (Untuk posisi di samping sahaja)
iii) Genggam kayu pemukul pada had satu pertiga daripada kayu tersebut.
iv) Palu permukaan atas dram kanan dan kiri secara bergilir-gilir. 



c) Teknik memegang Kayu Dram:
                    (i) Genggaman Tradisional



                     (ii) Genggaman Sepadan

Tangan Kanan                  Tangan Kiri


Cara Bermain Alat Perkusi - Kerincing

Kerincing
(a) Rupa bentuk


Kerincing lazimnya diperbuat dar ipada besi dan berbentuk segitiga.
Pemegangnya merupakan seutas tali pendek yang diikat pada bucunya.
Kerincing mempunyai sebatang besi pengetuk. Apabila diketuk, ia
menghasilkan bunyi lanjut yang nyaring.



(b) Cara memegang dan memainkan kerincing

i) Pegang tali kerincing pada talinya sebelah tangan dan pemukulnya di tangan yang sebelah lagi. Pastikan tangan yang memegang tali kerincing tidak menyentuh ker incing.
ii) Kerincing boleh dimainkan dengan cara mengetuk pada lingkaran segitiganya dengan pengetuk kerincing. Ketukan boleh di sebelah luar kerincing atau dalam kerincing.



Cara Bermain Alat Perkusi - Tamborin

Tamborin
(a) Rupa bentuk


Tamborin merupakan sebuah gelung yang lazimnya diperbuat daripada kayu
atau plastik. Di sekelilingnya terdapat ceper-ceper besi kecil yang menghasilkan bunyi apabila digoncang. Lazimnya terdapat dua jenis tamborin iaitu tamborin berkulit dan tambor in tanpa kulit.





(b) Cara memegang dan memainkan tamborin; Lazimnya tamborin dimainkan dengan dua cara iaitu:


i) Pegang tamborin dengan tangan kanan dan goyangkan ke kiri dan ke kanan.
ii) Pegang tamborin dengan tangan kir i. Ketuk tepi tamborin atau kulit tamborin dengan hujung jari tangan kanan.



Alat Perkusi

Alat - alat perkusi yang pelbagai.

Permainan alat perkusi adalah aktiviti yang menarik dan amat sesuai untuk murid sekolah rendah. Kanak-kanak pada usia ini dapat merasa konsep muzik melalui pengalaman bermain muzik. Permainan alat perkusi adalah mudah dan praktikal untuk mengiringi nyanyian hanya dengan memainkan corak irama yang dipelajari.

Di samping itu, permainan alat perkusi juga membantu membina koordinasi gerakan anggota badan mur id. Dalam permainan alat perkusi murid berpeluang meneroka kreativiti mereka. Seterusnya permainan alat perkusi secara ensembel memupuk semangat kerjasama dan toleransi, disiplin, dan rasa tanggung jawab. 

Oleh yang demikian, guru hendaklah memastikan semua murid berpeluang memainkan alat perkusi. Setiap alat perkusi perlu dimainkan mengikut teknik yang betul agar menghasilkan bunyi yang estetik. Murid diasuh untuk mengamalkan teknik yang betul memainkan sesuatu alat perkusi. 

Bagi mencapai tujuan itu, guru perlu menunjukkan cara memegang dan memainkannya mengikut teknik yang standard agar murid dapat membina biasaan yang baik dari awal lagi.


Panduan Mengajar Nyanyian


Untuk mengajar kanak-kanak menyanyi, guru perlulah mengambil kira beberapa perkara seperti berikut:

a) Pilihan lagu-lagu yang sesuai dengan julat suara (range) vokal murid.
b) Pilihan lagu-lagu yang menarik dari segi mud, tempo, bentuk irama, ekspresi dan lirik lagu.
c) Memastikan postur, pernafasan, penghasilan ton, ekspresi yang betul sewaktu menyanyi.
d) Mengenal pasti konsep muzik yang ingin difokuskan (contoh: irama, melodi, ekspresi dan sistem notasi ).
e) Mengenal pasti kaedah mengajar menyanyi yang akan digunakan. 


Rentak Klasik - Zapin

Rentak zapin dimainkan dengan beberapa alat perkusi tradisional Melayu dan alat perkusi moden. Fungsi alat-alat tersebut adalah untuk memainkan detik, tekanan dan corak irama asas. Gabungan alat-alat perkusi ini dengan corak irama asas membentuk satu rentak yang mantap untuk mengiringi lagu-lagu dalam rentak zapin. 

Aktiviti: 

Sambil mendengar sesebuah lagu zapin, guru mengarahkan murid melakukan perkara-perkara berikut:

(a) Cuba menepuk detik mengikut tempo petikan tersebut.
(b) Cuba kesan tekanan pada detik petikan petikan itu.
(c) Cuba kenal pasti meter petikan tersebut.
(d) Cuba kenal pasti corak irama asas rentak zapin dalam petikan tersebut.

Corak irama rentak zapin

Dalam corak irama asas zapin di atas kita dapat melihat tekanan terletak pada bit pertama dan ketiga di mana tekanan pada bit pertama adalah lebih kuat daripada bit ketiga. Dalam petikan di atas, kita dapat mendengar perbezaan bunyi alat perkusi yang dimainkan pada detik-detik tertentu khasnya pada tekanan. Kita dapat mengasingkan not-not yang mempunyai tekanan dengan not-not lain melalui corak irama berikut di bawah.


Setiap alat perkusi mempunyai warna ton yang tertentu yang dapat kita bezakan apabila dimainkan pada bit-bit kuat dan bit-bit lemah. Gabungan alat-alat perkusi tersebut yang dimainkan dengan corak irama di atas menghasilkan rentak zapin. Rentak zapin juga boleh dimainkan dengan sebuah alat perkusi yang dapat menghasilkan berbagai warna ton. Contoh alat ialah seperti rebana dan kompang. Dengan teknik pukulan yang berbeza, beberapa ton tertentu dapat dihasilkan untuk membezakan tekanan dan bit lemah dan menghasilkan rentak zapin.


Mendengar dan menyanyikan Lagu-lagu Berentak Zapin
Dengan bantuan guru anda, sila dengar dan nyanyikan lagu-lagu berentak zapin sambil melakukan aktiviti berikut.



Teknik Nyanyian - Penghasilan Ton

Penghasilan ton dipengaruhi oleh kemahiran penggunaan dan pengaw alan organ vokal (mulut, bibir, rahang dan lidah) bagi memanipulasi suara.

Latihan untuk menghasilkan ton yang baik adalah seperti berikut:

a) Mulakan dengan nyanyian vokal yang asas ( a, e, i, o, u).
b) Mulakan dengan sebutan vokal secara lembut dan beransur-ansur kuat.
c) Mulakan dengan nilai not yang pendek. Kemudian beransur-ansur dilanjutkan hingga ke nilai not yang panjang. Pastikan bentuk mulut mengikut vokal yang disebut dan keadaan kerongkong
terbuka.

Antara contoh-contoh latihan untuk penghasilan ton adalah:

a) Glissando vokal dengan sebutan ‘O’ dari pic tinggi ke rendah atau sebaliknya.
b) Menguap dengan bunyi ‘ ah’.
c) Mengajuk bunyi siren, angin, keretapi dan siulan.
d) Latihan bercakap dan menyanyi seperti contoh berikut: “Hee hee hee ! Apa khabar ?”




Teknik Nyanyian - Pernafasan

Dengan pengurusan pernafasan yang baik, seseorang dapat menghasilkan ton yang berkualiti, sebutan yang jelas serta nada dan pic yang tepat. Di samping itu murid dapat menyanyikan frasa yang panjang dengan selesa.

Proses pernafasan melibatkan pengembangan pada rangka rusuk, abdomen dan diafragma. Kemahiran mengaw al pernafasan boleh dibina melalui latihan. Latihan pernafasan perlu dijalankan semasa aktiviti warm-up atau latihan persediaan. Terdapat banyak latihan pernafasan yang boleh dijalankan. 

Antaranya adalah seperti berikut:-

a) Menghembus dan menarik nafas - Hembuskan semua udara dari paru-paru sehingga anda terasa anda diperlukan udara. Kemudian tarik nafas secara perlahan dan tenang.

b) Bernafas secara cepat - Biasanya apabila kita terkejut, kita akan menarik nafas dengan cepat. Ulang perbuatan seperti ini beberapa kali.

c) Pernafasan staccatoLatihan ini dilakukan dengan sebutan “ts” secara berulang-ulang
sehingga murid dapat merasakan otot-otot di bahagian perut ter libat dalam proses pernafasan. Latihan ini boleh menguatkan otot-otot tersebut untuk membantu mengaw al pernafasan.

d) Hiss/Hoo - Sambil menarik nafas secara perlahan, angkat kedua-dua tangan ke atas secara perlahan dan hembuskan nafas dengan bunyi “hiss”.

Contoh latihan:
                                hiss     ss      ss      ss         hiss
                                hoo      hoo   hoo     hoo       hoo


Teknik Nyanyian - Postur

Kedudukan badan adalah penting untuk menghasilkan nyanyian yang bermutu. Postur yang baik akan membantu pernafasan dan pengeluaran suara semasa menyanyi.

Postur Berdiri

Secara konvensionalnya, perkara-perkara yang perlu diberi perhatian ketika menyanyi dalam keadaan berdiri adalah seperti ber ikut:

      Kaki - berdiri tegak dengan keadaan kaki direnggang sedikit.
      Lutut - dilonggarkan (rileks), tidak kaku.
      Badan - belakang badan serta kepala dalam keadaan lurus.
      Dada - dinaikkan.
      Bahu - ditarikkan ke belakang sedikit.
      Dagu - selari dengan lantai.
      Tangan - di sisi.

Postur Duduk

Secara konvensionalnya, perkara-perkara yang perlu diberi perhatian ketika menyanyi dalam keadaan duduk adalah seperti berikut:

      Bahagian badan hingga kepala - keadaannya sama seperti postur berdiri.
      Belakang badan - tidak bersandar.
      Punggung - terletak di tengah kerusi.
      Kaki - diletak di atas lantai dengan satu kaki ke hadapan sedikit.
      Tangan - diletak di atas paha.


Pelbagai Kaedah Mengajar Lagu

Ada beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk mengajar lagu. Kaedahkaedah yang dimaksudkan adalah bagi pembelajaran secara hafalan (rote learning). Melalui kaedah ini, murid mempelajari sesebuah lagu secara mengajuk. 

Daya penguasaan lagu bergantung kepada daya ingatan aural (aural memory) murid. Kaedah yang lazim digunakan untuk mengajar lagu adalah:

a) Kaedah keseluruhan lagu
b) Kaedah baris demi baris
c) Kaedah solfege

Kaedah Keseluruhan Lagu

Sesuai untuk mengajar lagu pendek.

Langkah-langkah:

a) Memperdengar lagu secara keseluruhan dengan muziknya.
b) Guru menyanyikan lagu secara keseluruhan tanpa iringan muzik.
c) Mengikut guru menyanyi keseluruhan lagu secara humming (atau sebutan vokal a,e,i,o,u)    berulang-ulang.
d) Mengikut guru menyanyi lirik lagu secara keseluruhannya.
e) Murid menyanyi keseluruhan lagu dengan iringan muzik.

Kaedah Baris Demi Baris

Kaedah ini sesuai untuk lagu yang panjang dan melibatkan pengajaran
lagu secara bahagian demi bahagian atau frasa, kemudiannya diikuti
dengan cantuman bahagian-bahagian tadi sehingga akhir, dan menyanyi
keseluruhan lagu.

Langkah-langkah:

a) Memperdengar keseluruhan lagu.
b) Mendengar dan mengikut guru menyanyi keseluruhan lagu secara humming.
c) Mendengar dan mengikut guru menyanyi secara humming baris demi baris.
d) Mengikut guru menyanyi lirik baris demi baris.
e) Mengikut guru menyanyi keseluruhan lagu tanpa iringan muzik.
f) Murid menyanyi keseluruhan lagu dengan iringan muzik.

Kaedah Solfege Dengan Isyarat Tangan

Kaedah ini merupakan gabungan pengajaran secara hafalan rote dan bacaan notasi menggunakan syllable ( d r m f s l t d’) digunakan sebagai sebutan pic. Kaedah ini digunakan untuk sistem ‘do’ bergerak (movable do’) yang mana pic ‘do’ bergantung kepada nada lagu.
Misalnya dalam nada C major-minor, pic ‘do’ ialah not C. Manakala bagi nada D major-minor, pic ‘do’ ialah not D.

Isyarat tangan dan gaya Kodaly boleh digunakan untuk membantu pengajaran secara solfege. Kedua-dua sebutan syllable dan isyarat tangan membantu perkembangan inner-hearing sambil melihat notasi muzik.

Salah satu turutan dalam mempelajari solfa adalah seperti berikut:
                                      
                                  • s m
                                  • l s m
                                  • l s m r
                                  • l s m r d
                                  • l s m r d l
                                  • l s m r d l s
                                  • l s f m r d
                                  • t l s f m r d
                                  • d` t l s f m r d
                                  • d r m f s l t d`


Solfa Isyarat Tangan

Teknik solfa menggunakan isyarat tangan bermula dari ‘do’ bawah yang berada di paras pinggang dan seterusnya menaik sedikit demi sedikit sehingga ‘do’ atas yang terletak di paras kepala. Panduan isyarat tangan adalah seperti gambarajah di bawah :

Kaedah Solfa Isyarat Tangan


Contoh Latihan Solfa


Latihan Solfa

Langkah-langkah mengajar lagu menggunakan solfa dengan isyarat tangan.

a) Pic dikenalkan dengan isyarat tangan berdasarkan lagu.
b) Murid menyanyikan lagu berpandukan isyarat tangan guru. Ini dilakukan secara baris demi baris.



Teknik Nyanyian - Sebutan

Sebutan adalah penting dalam nyanyian. Organ yang terlibat dalam menghasilkan sebutan ialah mulut, bibir, lidah dan rahang. Kejelasan sesuatu sebutan itu bergantung kepada koordinasi di antara organ-organ tersebut.

Dalam nyanyian, sebutan bunyi vokal dan konsonan hendaklah jelas. Bentuk mulut yang betul akan menghasilkan sebutan, kualiti ton dan intonasi yang baik. Bunyi konsonan pada aw al dan akhir sesuatu perkataan perlu jelas.

Sebutan yang baik dapat dihasilkan melalui latihan yang konsisten.
Bentuk mulut bagi bunyi vokal: a, e, i, o, u.

Latihan sebutan: a, e, i, o, u.


Teknik Nyanyian

Menyanyi merupakan aktiviti teras dalam konteks kurikulum Pendidikan Muzik,iaitu pada peringkat awal persekolahan. Proses mempelajari sebuah lagu melibatkan pengetahuan dan kemahiran. 

Dalam menyanyi, lagu merupakan bahan sumber utama yang boleh dihuraikan kepada beberapa bahagian seperti berikut:

a) Aural - kemahiran mendengar melalui lagu yang dipelajari.

b) Fizikal - pengawalan pernafasan dan mekanisma vokal.

c) Verbal - kefahaman lirik lagu, pembinaan kosa kata dan penguasaan bahasa.

d) Daya ingatan muzikal - kebolehan mengingat bunyi muzik dan menghasilkannya semula.

e) Persembahan - menghasilkan irama, melodi dan ekspresi dengan peka dan tepat.

f) Interaksi sosial - berkebolehan bekerjasama semasa nyanyian dalam kumpulan.

g) Komunikasi - menyatakan maksud rasa dan fikiran melalui nyanyian.


Friday

Belajar Not Muzik: Latihan

Pengenalan


Muzik ialah bunyi yang diterima oleh individu dan berbeza bergantung kepada sejarah, lokasi, budaya dan citarasa seseorang. Definisi sebenar muzik juga berbeza:
  • Bunyi yang dikira sedap oleh pendengarnya
  • Apa apa bunyi yang dihasilkan secara sengaja oleh seseorang atau kumpulan
Walaupun muzik adalah sejenis fenomena intuisi, untuk mencipta, memperbaiki dan mempersembahkannya adalah suatu seni. Mendengar muzik pula adalah sejenis hiburan manakala mempelajari dan memahaminya adalah sejenis bidang/disiplin.

Muzik adalah sebuah fenomena yang sangat unik. Ian boleh dibunyikan dengan beberapa gabungan alat muzik.




"Muzik adala sebuah bentuk seni yang mempunyai medium bunyi dan diam. Unsur-unsur biasanya adalah pitch ( yang mengawal melodi dan harmoni), irama (dan konsep-konsep tempo yang berkaitan, meter, dan penyetaraan), dinamik, dan kualiti sonic warnanada dan tekstur. Perkataan muzik adalah berasal dari perkataan Greek (mousike; "seni Muses")."




Muzik boleh dibahagikan kepada genre dan subgenres,walaupun garis-garis dan hubungan antara genre muzik yang membezakannya sering tidak ketara, namun kadang-kadang ianya terbuka kepada tafsiran individu, dan kadang-kadang kontroversi. 

Dalam lingkungan "seni", muzik boleh dikelaskan sebagai seni persembahan, seni halus, dan seni auditori. Terdapat juga pertalian kuat antara muzik dan matematik.


Related Posts with Thumbnails