Showing posts with label Alat Perkusi. Show all posts
Showing posts with label Alat Perkusi. Show all posts

Tuesday

Cara Bermain Alat Perkusi - Dram Getar

Dram Getar
(a) Rupa bentuk
Dram getar mempunyai dua permukaan. Permukaan baw ahnya terdapat
gegetar yang bergetar apabila diketuk. Sepasang kayu pemukul digunakan
untuk memainkannya.



(b) Cara mengendali dan memainkan dram getar:
i) Laraskan ketinggian dram ke paras pinggang. Berdiri dengan selesa dan pastikan badan tidak rapat dengan dram, atau
ii) Sangkutkan dram pada badan menggunakan tali selepang. (Untuk posisi di samping sahaja)
iii) Genggam kayu pemukul pada had satu pertiga daripada kayu tersebut.
iv) Palu permukaan atas dram kanan dan kiri secara bergilir-gilir. 



c) Teknik memegang Kayu Dram:
                    (i) Genggaman Tradisional



                     (ii) Genggaman Sepadan

Tangan Kanan                  Tangan Kiri


Cara Bermain Alat Perkusi - Kerincing

Kerincing
(a) Rupa bentuk


Kerincing lazimnya diperbuat dar ipada besi dan berbentuk segitiga.
Pemegangnya merupakan seutas tali pendek yang diikat pada bucunya.
Kerincing mempunyai sebatang besi pengetuk. Apabila diketuk, ia
menghasilkan bunyi lanjut yang nyaring.



(b) Cara memegang dan memainkan kerincing

i) Pegang tali kerincing pada talinya sebelah tangan dan pemukulnya di tangan yang sebelah lagi. Pastikan tangan yang memegang tali kerincing tidak menyentuh ker incing.
ii) Kerincing boleh dimainkan dengan cara mengetuk pada lingkaran segitiganya dengan pengetuk kerincing. Ketukan boleh di sebelah luar kerincing atau dalam kerincing.



Cara Bermain Alat Perkusi - Tamborin

Tamborin
(a) Rupa bentuk


Tamborin merupakan sebuah gelung yang lazimnya diperbuat daripada kayu
atau plastik. Di sekelilingnya terdapat ceper-ceper besi kecil yang menghasilkan bunyi apabila digoncang. Lazimnya terdapat dua jenis tamborin iaitu tamborin berkulit dan tambor in tanpa kulit.





(b) Cara memegang dan memainkan tamborin; Lazimnya tamborin dimainkan dengan dua cara iaitu:


i) Pegang tamborin dengan tangan kanan dan goyangkan ke kiri dan ke kanan.
ii) Pegang tamborin dengan tangan kir i. Ketuk tepi tamborin atau kulit tamborin dengan hujung jari tangan kanan.



Alat Perkusi

Alat - alat perkusi yang pelbagai.

Permainan alat perkusi adalah aktiviti yang menarik dan amat sesuai untuk murid sekolah rendah. Kanak-kanak pada usia ini dapat merasa konsep muzik melalui pengalaman bermain muzik. Permainan alat perkusi adalah mudah dan praktikal untuk mengiringi nyanyian hanya dengan memainkan corak irama yang dipelajari.

Di samping itu, permainan alat perkusi juga membantu membina koordinasi gerakan anggota badan mur id. Dalam permainan alat perkusi murid berpeluang meneroka kreativiti mereka. Seterusnya permainan alat perkusi secara ensembel memupuk semangat kerjasama dan toleransi, disiplin, dan rasa tanggung jawab. 

Oleh yang demikian, guru hendaklah memastikan semua murid berpeluang memainkan alat perkusi. Setiap alat perkusi perlu dimainkan mengikut teknik yang betul agar menghasilkan bunyi yang estetik. Murid diasuh untuk mengamalkan teknik yang betul memainkan sesuatu alat perkusi. 

Bagi mencapai tujuan itu, guru perlu menunjukkan cara memegang dan memainkannya mengikut teknik yang standard agar murid dapat membina biasaan yang baik dari awal lagi.


Related Posts with Thumbnails