Tamborin
(a) Rupa bentukTamborin merupakan sebuah gelung yang lazimnya diperbuat daripada kayu
atau plastik. Di sekelilingnya terdapat ceper-ceper besi kecil yang menghasilkan bunyi apabila digoncang. Lazimnya terdapat dua jenis tamborin iaitu tamborin berkulit dan tambor in tanpa kulit.
(b) Cara memegang dan memainkan tamborin; Lazimnya tamborin dimainkan dengan dua cara iaitu:
i) Pegang tamborin dengan tangan kanan dan goyangkan ke kiri dan ke kanan.
ii) Pegang tamborin dengan tangan kir i. Ketuk tepi tamborin atau kulit tamborin dengan hujung jari tangan kanan.

