Showing posts with label Teknik Nyanyian. Show all posts
Showing posts with label Teknik Nyanyian. Show all posts

Tuesday

Teknik Nyanyian - Penghasilan Ton

Penghasilan ton dipengaruhi oleh kemahiran penggunaan dan pengaw alan organ vokal (mulut, bibir, rahang dan lidah) bagi memanipulasi suara.

Latihan untuk menghasilkan ton yang baik adalah seperti berikut:

a) Mulakan dengan nyanyian vokal yang asas ( a, e, i, o, u).
b) Mulakan dengan sebutan vokal secara lembut dan beransur-ansur kuat.
c) Mulakan dengan nilai not yang pendek. Kemudian beransur-ansur dilanjutkan hingga ke nilai not yang panjang. Pastikan bentuk mulut mengikut vokal yang disebut dan keadaan kerongkong
terbuka.

Antara contoh-contoh latihan untuk penghasilan ton adalah:

a) Glissando vokal dengan sebutan ‘O’ dari pic tinggi ke rendah atau sebaliknya.
b) Menguap dengan bunyi ‘ ah’.
c) Mengajuk bunyi siren, angin, keretapi dan siulan.
d) Latihan bercakap dan menyanyi seperti contoh berikut: “Hee hee hee ! Apa khabar ?”




Teknik Nyanyian - Pernafasan

Dengan pengurusan pernafasan yang baik, seseorang dapat menghasilkan ton yang berkualiti, sebutan yang jelas serta nada dan pic yang tepat. Di samping itu murid dapat menyanyikan frasa yang panjang dengan selesa.

Proses pernafasan melibatkan pengembangan pada rangka rusuk, abdomen dan diafragma. Kemahiran mengaw al pernafasan boleh dibina melalui latihan. Latihan pernafasan perlu dijalankan semasa aktiviti warm-up atau latihan persediaan. Terdapat banyak latihan pernafasan yang boleh dijalankan. 

Antaranya adalah seperti berikut:-

a) Menghembus dan menarik nafas - Hembuskan semua udara dari paru-paru sehingga anda terasa anda diperlukan udara. Kemudian tarik nafas secara perlahan dan tenang.

b) Bernafas secara cepat - Biasanya apabila kita terkejut, kita akan menarik nafas dengan cepat. Ulang perbuatan seperti ini beberapa kali.

c) Pernafasan staccatoLatihan ini dilakukan dengan sebutan “ts” secara berulang-ulang
sehingga murid dapat merasakan otot-otot di bahagian perut ter libat dalam proses pernafasan. Latihan ini boleh menguatkan otot-otot tersebut untuk membantu mengaw al pernafasan.

d) Hiss/Hoo - Sambil menarik nafas secara perlahan, angkat kedua-dua tangan ke atas secara perlahan dan hembuskan nafas dengan bunyi “hiss”.

Contoh latihan:
                                hiss     ss      ss      ss         hiss
                                hoo      hoo   hoo     hoo       hoo


Teknik Nyanyian - Postur

Kedudukan badan adalah penting untuk menghasilkan nyanyian yang bermutu. Postur yang baik akan membantu pernafasan dan pengeluaran suara semasa menyanyi.

Postur Berdiri

Secara konvensionalnya, perkara-perkara yang perlu diberi perhatian ketika menyanyi dalam keadaan berdiri adalah seperti ber ikut:

      Kaki - berdiri tegak dengan keadaan kaki direnggang sedikit.
      Lutut - dilonggarkan (rileks), tidak kaku.
      Badan - belakang badan serta kepala dalam keadaan lurus.
      Dada - dinaikkan.
      Bahu - ditarikkan ke belakang sedikit.
      Dagu - selari dengan lantai.
      Tangan - di sisi.

Postur Duduk

Secara konvensionalnya, perkara-perkara yang perlu diberi perhatian ketika menyanyi dalam keadaan duduk adalah seperti berikut:

      Bahagian badan hingga kepala - keadaannya sama seperti postur berdiri.
      Belakang badan - tidak bersandar.
      Punggung - terletak di tengah kerusi.
      Kaki - diletak di atas lantai dengan satu kaki ke hadapan sedikit.
      Tangan - diletak di atas paha.


Teknik Nyanyian - Sebutan

Sebutan adalah penting dalam nyanyian. Organ yang terlibat dalam menghasilkan sebutan ialah mulut, bibir, lidah dan rahang. Kejelasan sesuatu sebutan itu bergantung kepada koordinasi di antara organ-organ tersebut.

Dalam nyanyian, sebutan bunyi vokal dan konsonan hendaklah jelas. Bentuk mulut yang betul akan menghasilkan sebutan, kualiti ton dan intonasi yang baik. Bunyi konsonan pada aw al dan akhir sesuatu perkataan perlu jelas.

Sebutan yang baik dapat dihasilkan melalui latihan yang konsisten.
Bentuk mulut bagi bunyi vokal: a, e, i, o, u.

Latihan sebutan: a, e, i, o, u.


Teknik Nyanyian

Menyanyi merupakan aktiviti teras dalam konteks kurikulum Pendidikan Muzik,iaitu pada peringkat awal persekolahan. Proses mempelajari sebuah lagu melibatkan pengetahuan dan kemahiran. 

Dalam menyanyi, lagu merupakan bahan sumber utama yang boleh dihuraikan kepada beberapa bahagian seperti berikut:

a) Aural - kemahiran mendengar melalui lagu yang dipelajari.

b) Fizikal - pengawalan pernafasan dan mekanisma vokal.

c) Verbal - kefahaman lirik lagu, pembinaan kosa kata dan penguasaan bahasa.

d) Daya ingatan muzikal - kebolehan mengingat bunyi muzik dan menghasilkannya semula.

e) Persembahan - menghasilkan irama, melodi dan ekspresi dengan peka dan tepat.

f) Interaksi sosial - berkebolehan bekerjasama semasa nyanyian dalam kumpulan.

g) Komunikasi - menyatakan maksud rasa dan fikiran melalui nyanyian.


Related Posts with Thumbnails