Wednesday

Pnp Muzik Awal Kanak-Kanak

P&P MUzik Awal Kanak-Kanak

Tuesday

Teknik Bermain Rekoder

Untuk bermain rekoder dengan baik, teknik permainan rekoder yang betul perlu diamalkan.

Teknik Asas Sebelum Meniup Rekoder: Postur.
  • Duduk atau berdiri tegak dalam keadaan selesa semasa memegang rekoder.
  • Pegang rekoder dengan kecondongan 45 darjah dari badan. (Elakkan daripada menundukkan kepala berlebihan atau membongkokkan badan.)
Cara Memegang Rekoder


Cara memegang rekoder yang betul akan memberi keselesaan dan memudahkan pergerakan jari semasa bermain rekoder.
a. Pegang rekoder dengan meletakkan jari tangan kiri pada bahagian pangkal.
b. Tangan kanan memegang bahagian hujung badan rekoder.
c. Imbangan rekoder terletak pada bibir bawah dan ibu jari tangan kanan.


Penjarian



(a) Tangan Kiri

  • Ibu jari bernombor 0 menutup lubang di bahagian belakang rekoder. 
  • Jari telunjuk bernombor 1 menutup lubang rekoder pertama. 
  • Jari hantu bernombor 2 menutup lubang rekoder kedua. 
  • Jari manis bernombor 3 menutup lubang rekoder ketiga.
(b) Tangan Kanan
  • Jari telunjuk bernombor 4 menutup lubang rekoder keempat. 
  • Jari hantu bernombor 5 menutup lubang rekoder kelima. 
  • Jari manis bernombor 6 menutup lubang rekoder keenam. 
  • Jari kelingking bernombor 7 menutup lubang rekoder ketujuh. 
  • Pada lubang rekoder bernombor 6 dan 7, terdapat dua lubang kecil. 
  • Lubang-lubang kecil tersebut adalah untuk menghasilkan bunyi syap dan flet. 

Susunan Jari Pada Lubang Rekoder


Carta Penjarian Rekoder

Penjarian Not B, A, G, C’, D’





Latihan Penjarian
- Latihan dengan tempo lambat, cepat dan sederhana.
- Latihan dengan dinamik lembut(p) dan kuat(f).






Cara Bermain Alat Perkusi - Dram Getar

Dram Getar
(a) Rupa bentuk
Dram getar mempunyai dua permukaan. Permukaan baw ahnya terdapat
gegetar yang bergetar apabila diketuk. Sepasang kayu pemukul digunakan
untuk memainkannya.



(b) Cara mengendali dan memainkan dram getar:
i) Laraskan ketinggian dram ke paras pinggang. Berdiri dengan selesa dan pastikan badan tidak rapat dengan dram, atau
ii) Sangkutkan dram pada badan menggunakan tali selepang. (Untuk posisi di samping sahaja)
iii) Genggam kayu pemukul pada had satu pertiga daripada kayu tersebut.
iv) Palu permukaan atas dram kanan dan kiri secara bergilir-gilir. 



c) Teknik memegang Kayu Dram:
                    (i) Genggaman Tradisional



                     (ii) Genggaman Sepadan

Tangan Kanan                  Tangan Kiri


Cara Bermain Alat Perkusi - Kerincing

Kerincing
(a) Rupa bentuk


Kerincing lazimnya diperbuat dar ipada besi dan berbentuk segitiga.
Pemegangnya merupakan seutas tali pendek yang diikat pada bucunya.
Kerincing mempunyai sebatang besi pengetuk. Apabila diketuk, ia
menghasilkan bunyi lanjut yang nyaring.



(b) Cara memegang dan memainkan kerincing

i) Pegang tali kerincing pada talinya sebelah tangan dan pemukulnya di tangan yang sebelah lagi. Pastikan tangan yang memegang tali kerincing tidak menyentuh ker incing.
ii) Kerincing boleh dimainkan dengan cara mengetuk pada lingkaran segitiganya dengan pengetuk kerincing. Ketukan boleh di sebelah luar kerincing atau dalam kerincing.



Cara Bermain Alat Perkusi - Tamborin

Tamborin
(a) Rupa bentuk


Tamborin merupakan sebuah gelung yang lazimnya diperbuat daripada kayu
atau plastik. Di sekelilingnya terdapat ceper-ceper besi kecil yang menghasilkan bunyi apabila digoncang. Lazimnya terdapat dua jenis tamborin iaitu tamborin berkulit dan tambor in tanpa kulit.





(b) Cara memegang dan memainkan tamborin; Lazimnya tamborin dimainkan dengan dua cara iaitu:


i) Pegang tamborin dengan tangan kanan dan goyangkan ke kiri dan ke kanan.
ii) Pegang tamborin dengan tangan kir i. Ketuk tepi tamborin atau kulit tamborin dengan hujung jari tangan kanan.



Related Posts with Thumbnails