Rentak zapin dimainkan dengan beberapa alat perkusi tradisional Melayu dan alat perkusi moden. Fungsi alat-alat tersebut adalah untuk memainkan detik, tekanan dan corak irama asas. Gabungan alat-alat perkusi ini dengan corak irama asas membentuk satu rentak yang mantap untuk mengiringi lagu-lagu dalam rentak zapin.
Aktiviti:
Sambil mendengar sesebuah lagu zapin, guru mengarahkan murid melakukan perkara-perkara berikut:
(a) Cuba menepuk detik mengikut tempo petikan tersebut.
(b) Cuba kesan tekanan pada detik petikan petikan itu.
(c) Cuba kenal pasti meter petikan tersebut.
(d) Cuba kenal pasti corak irama asas rentak zapin dalam petikan tersebut.
Corak irama rentak zapin
Dalam corak irama asas zapin di atas kita dapat melihat tekanan terletak pada bit pertama dan ketiga di mana tekanan pada bit pertama adalah lebih kuat daripada bit ketiga. Dalam petikan di atas, kita dapat mendengar perbezaan bunyi alat perkusi yang dimainkan pada detik-detik tertentu khasnya pada tekanan. Kita dapat mengasingkan not-not yang mempunyai tekanan dengan not-not lain melalui corak irama berikut di bawah.
Setiap alat perkusi mempunyai warna ton yang tertentu yang dapat kita bezakan apabila dimainkan pada bit-bit kuat dan bit-bit lemah. Gabungan alat-alat perkusi tersebut yang dimainkan dengan corak irama di atas menghasilkan rentak zapin. Rentak zapin juga boleh dimainkan dengan sebuah alat perkusi yang dapat menghasilkan berbagai warna ton. Contoh alat ialah seperti rebana dan kompang. Dengan teknik pukulan yang berbeza, beberapa ton tertentu dapat dihasilkan untuk membezakan tekanan dan bit lemah dan menghasilkan rentak zapin.
Mendengar dan menyanyikan Lagu-lagu Berentak Zapin
Dengan bantuan guru anda, sila dengar dan nyanyikan lagu-lagu berentak zapin sambil melakukan aktiviti berikut.
No comments:
Post a Comment