Tuesday

Pelbagai Kaedah Mengajar Lagu

Ada beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk mengajar lagu. Kaedahkaedah yang dimaksudkan adalah bagi pembelajaran secara hafalan (rote learning). Melalui kaedah ini, murid mempelajari sesebuah lagu secara mengajuk. 

Daya penguasaan lagu bergantung kepada daya ingatan aural (aural memory) murid. Kaedah yang lazim digunakan untuk mengajar lagu adalah:

a) Kaedah keseluruhan lagu
b) Kaedah baris demi baris
c) Kaedah solfege

Kaedah Keseluruhan Lagu

Sesuai untuk mengajar lagu pendek.

Langkah-langkah:

a) Memperdengar lagu secara keseluruhan dengan muziknya.
b) Guru menyanyikan lagu secara keseluruhan tanpa iringan muzik.
c) Mengikut guru menyanyi keseluruhan lagu secara humming (atau sebutan vokal a,e,i,o,u)    berulang-ulang.
d) Mengikut guru menyanyi lirik lagu secara keseluruhannya.
e) Murid menyanyi keseluruhan lagu dengan iringan muzik.

Kaedah Baris Demi Baris

Kaedah ini sesuai untuk lagu yang panjang dan melibatkan pengajaran
lagu secara bahagian demi bahagian atau frasa, kemudiannya diikuti
dengan cantuman bahagian-bahagian tadi sehingga akhir, dan menyanyi
keseluruhan lagu.

Langkah-langkah:

a) Memperdengar keseluruhan lagu.
b) Mendengar dan mengikut guru menyanyi keseluruhan lagu secara humming.
c) Mendengar dan mengikut guru menyanyi secara humming baris demi baris.
d) Mengikut guru menyanyi lirik baris demi baris.
e) Mengikut guru menyanyi keseluruhan lagu tanpa iringan muzik.
f) Murid menyanyi keseluruhan lagu dengan iringan muzik.

Kaedah Solfege Dengan Isyarat Tangan

Kaedah ini merupakan gabungan pengajaran secara hafalan rote dan bacaan notasi menggunakan syllable ( d r m f s l t d’) digunakan sebagai sebutan pic. Kaedah ini digunakan untuk sistem ‘do’ bergerak (movable do’) yang mana pic ‘do’ bergantung kepada nada lagu.
Misalnya dalam nada C major-minor, pic ‘do’ ialah not C. Manakala bagi nada D major-minor, pic ‘do’ ialah not D.

Isyarat tangan dan gaya Kodaly boleh digunakan untuk membantu pengajaran secara solfege. Kedua-dua sebutan syllable dan isyarat tangan membantu perkembangan inner-hearing sambil melihat notasi muzik.

Salah satu turutan dalam mempelajari solfa adalah seperti berikut:
                                      
                                  • s m
                                  • l s m
                                  • l s m r
                                  • l s m r d
                                  • l s m r d l
                                  • l s m r d l s
                                  • l s f m r d
                                  • t l s f m r d
                                  • d` t l s f m r d
                                  • d r m f s l t d`


No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails