Dengan pengurusan pernafasan yang baik, seseorang dapat menghasilkan ton yang berkualiti, sebutan yang jelas serta nada dan pic yang tepat. Di samping itu murid dapat menyanyikan frasa yang panjang dengan selesa.
Proses pernafasan melibatkan pengembangan pada rangka rusuk, abdomen dan diafragma. Kemahiran mengaw al pernafasan boleh dibina melalui latihan. Latihan pernafasan perlu dijalankan semasa aktiviti warm-up atau latihan persediaan. Terdapat banyak latihan pernafasan yang boleh dijalankan.
Antaranya adalah seperti berikut:-
a) Menghembus dan menarik nafas - Hembuskan semua udara dari paru-paru sehingga anda terasa anda diperlukan udara. Kemudian tarik nafas secara perlahan dan tenang.
b) Bernafas secara cepat - Biasanya apabila kita terkejut, kita akan menarik nafas dengan cepat. Ulang perbuatan seperti ini beberapa kali.
c) Pernafasan staccato - Latihan ini dilakukan dengan sebutan “ts” secara berulang-ulang
sehingga murid dapat merasakan otot-otot di bahagian perut ter libat dalam proses pernafasan. Latihan ini boleh menguatkan otot-otot tersebut untuk membantu mengaw al pernafasan.
d) Hiss/Hoo - Sambil menarik nafas secara perlahan, angkat kedua-dua tangan ke atas secara perlahan dan hembuskan nafas dengan bunyi “hiss”.
Contoh latihan:
hiss ss ss ss hiss
hoo hoo hoo hoo hoo
No comments:
Post a Comment